Archive | Cerita Kejayaan RSS feed for this section

Pecah Rekod SPM

13 Mar

Oleh: Hayati Ibrahim – ya_t@hmetro.com.my

spm07.jpgPUTRAJAYA: Cuba bayangkan bagaimana seorang pelajar boleh memperoleh 21A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007 yang keputusannya diumumkan, semalam.

Adakah dia mengulang kaji pelajaran berjam-jam setiap hari tanpa sebarang kegiatan riadah seperti anak muda lain yang gemar bersukan?

Pencapaian menakjubkan itu turut memecahkan rekod Nur Amalina Che Bakri yang mendapat 17 1A pada 2004.

Bagaimanapun, bagi Azali Azlan, 18, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Yan, Kedah, dia berpuasa, memakan buah kurma, minum madu dan susu sepanjang tempoh peperiksaan menjadi amalan utamanya.

Dia memperoleh 20 1A dan satu 2A mengatasi rekod Nur Amalina Che Bakri yang hanya memperoleh 17 1A.

Menurut Azali, dia mengambil 21 mata pelajaran bukan untuk memecahkan rekod, sebaliknya melakukan untuk kepuasan diri sendiri.

Continue reading

Advertisements

Calon Paling Muda

13 Mar

Oleh Ahmad Rabiul Zulkifli
am@hmetro.com.my

KUALA TERENGGANU: Usianya baru 15 tahun, namun seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Abdul Malek, di sini, mencatat sejarah memperoleh 10A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), semalam.

Maryam Fatini Mohd Zabudin dari Seberang Baruh Kiri juga memperoleh 1B dalam peperiksaan itu.

Berdasarkan amalan biasa, pelajar berumur 15 tahun sepatutnya baru menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), namun Maryam Fatini sudah menduduki PMR ketika berusia 13 tahun.

Menurut pelajar pintar itu, sebagai, dia sentiasa mengulang kaji pelajaran dengan cuba menjawab soalan SPM tahun sebelumnya selain berbincang dengan rakan selepas tamat hari persekolahan.

Continue reading