About

Blog ni Along buat khusus untuk adik-adik Along kerana Along selalu sibuk mencari rezeki untuk adik-adik semua dan keluarga kita.

Belajarlah sungguh-sungguh untuk masa depan kalian semua. Semoga kehidupan kalian semua lebih bagus dari Along pada masa akan datang. Along tidak mahu kalian kesusahan sekiranya Along dipanggil menghadapNya lebih awal dari yang disangka.

Ingat pengorbanan Bonda pada kita semua. Jangan abaikan segala tugas dan tanggungjawab yang diberikan terutamanya dalam akademik dan sahsiah, walaupun sesaat. Kerana kecuaian sesaat bisa mengubah segalanya bahkan memusnah kita dengan sekelip mata.

Ambillah segala yang positif bila berkawan. Hati-hati dalam setiap inci kehidupan kerana selalunya keindahan hari ini yang cuma sesaat bisa melalaikan kita lantas memusnahkan masa depan kita yang mungkin lebih panjang kalau kita diberi Tuhan masa untuk hidup lama.

Korbankan masa berapa tahun sahaja lagi yang ada untu kebahagiaan yang berpanjangan di masa hadapan. Mintalah bantuan dariNya dengan hati yang ikhlas dan yakin sekiranya ada kesulitan. Nescaya Dia akan membantu kita… walau dalam apa jua keadaan. Dia mampu membuat segala apa yang tak terjangkau di fikiran kita.

Akhir kata, Good Luck. Semoga Berjaya…🙂

7 Responses to “About”

  1. Anonymous April 17, 2013 at 5:25 am #

    Syukran jazilan atas tips-tips tadi ye hihi🙂

  2. Anonymous April 17, 2013 at 5:32 am #

    TEKNIK-TEKNIK BELAJAR DENGAN BERKESAN.
    Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah mencapai kejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut tatacara yang bersistem. Terdapat beberapa kaedah belajar yang berkesan untuk membantu pelajar berhadapan dunia peperiksaan.
    Pertama : Tidak mensia-siakan masa biarpun seminit
    Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang terluang seperti masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan dan sebagainya dengan sepenuhnya. Contohnya,anda boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah dibaca.
    Kedua : Bawalah buku ke mana sahaja anda hendak pergi
    Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.
    Ketiga : Buat nota ringkas
    Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca. Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi boleh meningkatkan kuasa ingatan anda. Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan akan menjadi lebih mudah.
    Keempat : Mengikut jadual sepenuhnya
    Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut. Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat. Jangan ikut perasaan. Biarpun anda tidak suka belajar pada sesuatu masa, buka sahaj buku dan membacanya. Jika anda mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak akan lalai terhadap tanggungjawab belajar. Pastikan anda peruntukkan masa untuk setiap mata pelajaran pada setiap hari jika anda mahu mencapai kegemilangan dalam semua matapelajaran.
    Kelima : Mencuba soalan-soalan tahun-tahun lalu
    Pelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawab contoh-contoh soalan setiap hari. Ini akan membiasakan diri dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang hanya bergantung dengan buku teks sahaja tidak akan lulus dengan cemerlang kerana mereka tidak biasa dengan corak soalan peperiksaan.
    Keenam : Ulangi fakta sebanyak kali yang boleh
    Setiap fakta yang dibaca akan terus diulang sebanyak yang mampu. Tidak ada had ulangan yang akan dilakukan. Selagi ada masa, anda boleh mengulangi apa yang telah dibaca biarpun anda sudah faham atau sudah mengingatinya. Semakin banyak anda membaca, semakin tinggi keyakinan diri anda untuk lulus dengan cemerlang.
    Ketujuh : Sentiasa bertanya jikalau tidak faham
    Dekatkan diri dengan guru dan gunakan setiap kesempatan yang ada untuk menjawab kemusykilan anda. Biarpun anda sudah faham, anda masih boleh menanya. Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan anda. Anggapkan kepada guru anda, kakak atau abang anda, kawan-kawan anda sebagai orang yang boleh membantu anda dalam hal ini.

    Kelapan : Berikan tumpuan pada matapelajaran yang lemah
    Jika anda lemah dalam bahasa Inggeris atau matematik, peruntukkan masa yang lebih untuk ulangkaji. Elakkan memilih mata pelajaran yang disukai dan abaikan mata pelajaran yang anda kurang suka. Buat tanda pada bahagian yang anda rasa perlu beri penumpuan yang lebih. Gunakan simbol dan lorekkan bahagian yang anda anggap penting. Jangan jadikan perkataan ‘tidak faham’, ‘tidak ingat’ atau ‘tidak pandai’ sebagai alasan untuk berhenti ulangkaji.

    Kesembilan :Imbangkan masa kokorikulum dan akademik
    Jika anda berada dalam tahun peperiksaan, jangan terlalu menumpukan perhatian pada kokorikulum kerana ini akan melalaikan diri dalam bidang akademik. Jika anda mahu berjaya dalam akademik, anda perlu mempunyai masa ulangkaji yang cukup di rumah. Masa ulangkaji untuk SPM ialah dalam lingkungan 5 jam ke 6 jam sehari. Jika masa minima tersebut tidak dipenuhi, anda mungkin perlu berjaga malam atau bangun pagi.
    Kesepuluh: Belajar mengikut rentak sendiri
    Jangan membandingkan diri dengan pelajar yang mantap dalam prestasi peperiksaan. Anda perlu mengenal rentak sendiri dan pastikan anda mematuhi rentak tersebut. Jika anda seorang pelupa, pastikan anda mengatur masa ulangkaji kedua atau ketiga pada minggu-minggu yang akan datang. Jika anda perlukan bimbingan tambahan,dapatkan kelas tuisyen.

    Kesebelas: Persiapan minda sebelum ulangkaji
    Lelapkan mata untuk beberapa minit dan wawasankan hidup anda kelak. Apa yang anda hendak capai. Apakah corak hidup yang anda hajatkan. Apakah yang hendak anda berikan kepada ahli keluarga serta ibu bapa anda sebagai tanda kasih sayang dan terima kasih. Adakah anda berhajat hendak mengharumkan nama keluarga dan negara anda? Apakah kejayaan peringkat remaja yang membanggakan diri anda dan keluarga anda? Bila anda membaca buku,kaitkan dengan hidup anda. Anda bukan sekadar mahu lulus cemerlang dalam peperiksaan, anda mahukan hidup yang baik dan berkualiti.
    Kedua belas : Elakkan gangguan emosi
    Semua perkara yang merunsingkan dan mengganggu konsentrasi waktu belajar perlu diketepikan. Beritahu diri anda,“Saya tidak akan merelakan masa depan saya tergadai oleh perkara yang remeh-temeh ini.” Sebaik pemikiran atau perasaan negatif timbul, tuliskan pada kertas. Layankan semua gangguan ini selepas peperiksaan. Anda boleh menggunakan musik latar yang lembut dan sesuai untuk menjadikan suasana belajar lebih tenang.

    Ketiga belas : Rancangkan jadual ulangkaji dalam setahun
    Tetapkan jadual ulangkaji anda sehingga pada bulan September. Sebulan sebelum peperiksaan , anda perlu siap ulangkaji. Pastikan setiap mukasurat dibaca, dan setiap soalan dijawab. Ini boleh dilakukan dengan membahagikan bilangan mukasurat buku dengan bilangan hari yang ada. Jika anda gagal mengulangkaji mukasurat berkenaan pada hari yang ditetapkan pangkahkan dengan besar menggunakan pensil. Pastikan anda membaca mukasurat ini sebelum peperiksaan tiba. Tapi, sebelum anda membaca mukasurat yang terhutang, pastikan anda telah siap ulangkaji mukasurat yang ditetapkan untuk hari tersebut.
    Keempat belas : Belajar sesuaikan diri dengan semua keadaan
    Biarpun rumah anda bising, panas atau kurang selesa, ia tidak menjadi penghalang untuk anda mengulangkaji. Kadang-kadang, kita perlu belajar menyesuaikan diri dengan kekurangan yang ada. Semakin mencabar keadaan anda, semakin besar ujian ketahanan diri anda. Beritahu diri anda, “Biar apa pun yang berlaku, saya tetap dapat menjalankan tugas saya kerana saya seorang yang tahan lasak.”
    Kelima belas : Berhati-hati dengan kawan yang tidak sehaluan dengan anda
    Jika anda mahu belajar tetapi rakan-rakan anda tidak suka belajar, mereka cuba mempengaruhi anda dengan seribu satu jenis kegiatan yang hanya membuangkan masa anda. Berani berkata “tidak” dan menolak mereka dengan lembut. Jangan sekali-kali menjadi mangsa kepada mereka kononnya anda tidak mahu melukakan hati mereka. Jika anda mengikut rentak mereka, anda akan menggugat masa depan sendiri.
    Akhir sekali : Teruskan belajar biarpun belum menampakkan kemajuan
    Jangan mengukur prestasi anda kerana tidak menampakkan kemajuan yang nyata dalam keputusan peperiksaan sekolah. Setelah berbulan-bulan anda bertungkus-lumus, anda mungkin mahu kemajuan dalam keputusan sekolah. Sebenarnya, penilaian sekolah tidak menggambarkan anda pasti akan lulus atau gagal dalam peperiksaan akhir tahun. Teruskan usaha dan jangan berputus asa.
    Kesimpulan
    Belajar adalah suatu seni. Jika anda tahu menguasai seni tersebut, anda boleh berjaya biarpun diri anda mempunyai beberapa kekurangan. Semoga beberapa kaedah-kaedah yang telah disampaikan tadi boleh menguatkan ikhtizam anda untuk mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam pelajaran.

  3. adibah July 20, 2013 at 10:10 am #

    Thanks For tips,Today I want Study Hard from now;)

  4. alif top August 27, 2013 at 4:10 pm #

    yo la tu

  5. Milley Joey November 6, 2013 at 3:45 am #

    Semangat sudah membara!!!! Sy yakin boleh lakukannya sedaya mungkin..!! Thanks 4 tips.. ~

  6. SYAHMINA December 9, 2013 at 10:03 pm #

    COPY YEW . BUAT MOTIVASI🙂

  7. Sharill A Malik December 17, 2014 at 9:08 pm #

    Mohon dikongsi..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: