Pecah Rekod SPM

13 Mar

Oleh: Hayati Ibrahim – ya_t@hmetro.com.my

spm07.jpgPUTRAJAYA: Cuba bayangkan bagaimana seorang pelajar boleh memperoleh 21A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007 yang keputusannya diumumkan, semalam.

Adakah dia mengulang kaji pelajaran berjam-jam setiap hari tanpa sebarang kegiatan riadah seperti anak muda lain yang gemar bersukan?

Pencapaian menakjubkan itu turut memecahkan rekod Nur Amalina Che Bakri yang mendapat 17 1A pada 2004.

Bagaimanapun, bagi Azali Azlan, 18, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Yan, Kedah, dia berpuasa, memakan buah kurma, minum madu dan susu sepanjang tempoh peperiksaan menjadi amalan utamanya.

Dia memperoleh 20 1A dan satu 2A mengatasi rekod Nur Amalina Che Bakri yang hanya memperoleh 17 1A.

Menurut Azali, dia mengambil 21 mata pelajaran bukan untuk memecahkan rekod, sebaliknya melakukan untuk kepuasan diri sendiri.

“Tujuan asal saya bukan untuk mengatasi mana-mana rekod, tapi saya buat untuk diri sendiri serta cikgu. Bagi saya, jika buat semata-mata untuk memecahkan rekod, ia tidak memberi apa-apa makna.

“Ini sebagai hadiah kepada semua guru saya,” katanya ketika ditemui selepas pengumuman pelajar cemerlang SPM di Kementerian Pelajaran di sini, semalam.

Azali mendapat 20 1A bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah, Biologi, Kimia, Fizik, Matematik Tambahan, Sejarah, Geografi, Perdagangan, Ekonomi Asas, Matematik Moden, Prinsip Akaun, Sains Asas, Pendidikan Seni, Pendidikan Islam, Tasawwur Islam dan Kesusasteraan Melayu.

Dia mendapat 2A dalam Bahasa Inggeris untuk Sains dan Teknologi.

Azali berkata, ketika membuat keputusan mengambil 21 mata pelajaran, guru banyak memberi nasihat dengan menerangkan kebaikan dan keburukannya jika mengambil banyak mata pelajaran.

“Cikgu tidak pernah cakap jangan (ambil 21 mata pelajaran), tapi cikgu menjelaskan kebaikan dan keburukannya. Ini kerana mereka bimbang saya tidak boleh menguasai semua mata pelajaran.

“Namun, saya percaya dengan diri sendiri, Saya percaya pada Tuhan. Alhamdulillah, cikgu banyak membantu. Mereka tolong dapatkan buku teks yang diperlukan. Itu sebab saya katakan ini (kejayaan) bukan untuk diri sendiri tapi untuk guru dan ibu bapa,” katanya.

Dia lebih banyak belajar sendiri dengan bantuan guru dan tidak menghadiri tuisyen di luar sekolah berikutan tinggal di asrama.

Anak ketiga dari lima beradik itu mendapat 9A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR), selain aktif dalam kegiatan sekolah, malah pernah dinobatkan sebagai Tokoh Nilam Kebangsaan 2007.

Anak pasangan guru, Azlan Othman, 51, dan Rozita Sanapi, 46, dari Tikam Batu, Kedah, itu berkata pendorong utama untuk belajar datang daripada kakak sulung yang ketika ini melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Cook Universiti, Ireland.

Ditanya mengenai resipi kejayaan dan cara belajar yang dilakukan hingga memperoleh keputusan cemerlang, dia berkata: “Saya belajar dengan sabar. Bagi saya dalam perjuangan mesti ada dugaan dan cabaran daripada Allah, jadi sebagai pelajar Islam adalah perlu bagi saya untuk sabar dengan dugaan kerana setiap kesusahan itu ada kesenangan.

“Cuma ketika musim peperiksaan, pengetua menyarankan saya makan kurma, minum madu dan susu, malah sebagai persediaan menghadapi peperiksaan saya berpuasa dari hari pertama peperiksaan hingga hari terakhir.

“Bagi saya, itu usaha terakhir yang boleh dilakukan selepas berusaha,” katanya yang bercita-cita menjadi profesor.

Azali juga mengakui pernah berputus asa, bagaimanapun menganggapnya sebagai satu dugaan yang perlu dihadapi sebelum mencapai kejayaan yang diingini.

“Pernah juga rasa tak boleh menguasai (mata pelajaran). Itulah dugaan yang saya alami sebenarnya. Untuk pulihkan keyakinan saya jumpa kaunselor, selain berbincang dengan ayah dan keluarga.

“Mereka banyak bagi kekuatan untuk saya. Biasanya ayah akan nasihatkan saya supaya melakukannya selagi ia bukan satu dosa. Kemudian, saya akan cuba bina keyakinan diri untuk meneruskan usaha,” katanya.

24 Responses to “Pecah Rekod SPM”

  1. confusedgurl September 1, 2009 at 8:46 pm #

    tahun ini sy mengambil SPM..Tidak tahu Nak buat apa…But I will try my best for this..

  2. zaharah yunos October 18, 2009 at 11:42 am #

    saya pun ambil spm tahun nie..
    hrp2 dpt keputusan with flying colours…
    amin..

  3. Nor Nadia Zakaria December 20, 2009 at 5:45 pm #

    assalamualaikum,
    ana kagum dgn enta azali azlan. teruskan pjuangan. doakan ana turut ikut jejak enta berjaya di dunia juga di akhirat kelak. ‘syababul islam pemangkin daulah islamiah!!’
    bittaufik wannajah….

  4. wanah94 May 21, 2011 at 6:48 pm #

    wah!!!! hebat…..
    dng tips ini smgat aku bangkit semla……..
    amin

  5. Nur Noor July 6, 2011 at 9:57 pm #

    assalamualaikum…………….saya munirah…akan mengambil spm tahun depan…saya amat kagum dengan kejayaan azali…saya berharap saya juga akan berjaya seperti azali..

  6. nor najihah.. August 12, 2011 at 8:29 pm #

    menariknyer..hmm..i’ll do the bez like him in spM..huhu..

  7. Albia Wong May 4, 2012 at 11:45 pm #

    sampai sekarang sy tdk pasti dengan sy sendiri…sy begitu lemah dlm subjek kimia, biologi , fizik dan matematik tambahan.

  8. comingsoonCHAMPION August 22, 2012 at 3:47 pm #

    sye pasti akan berjaya dalam peperiksaan saya…straight a with highest score…..success is in my hand….yeah….

  9. comingsoonCHAMPION August 22, 2012 at 3:48 pm #

    NOTHING IS IMPOSSIBLE…CORRECT TIME N CORRECT STYLE…PASTI SEMUANYA BERKESAN….TENTULAHHHH A…

  10. comingsoonCHAMPION August 22, 2012 at 3:50 pm #

    ALBIA WONG… DONT WORRY…TRY TO FREAK OUT A WEAK FOR EACH SUBJECT….TRY TILL YOU GONE PRO INTO THE SUBJECT…..YOU CAN

  11. YanieAlvira' November 6, 2012 at 11:12 am #

    Sya akan jdikan Azali sbagai model sya untuk brjaya ! *Semangat!

  12. faya zain February 14, 2013 at 9:28 pm #

    ok..azali akan menjadi model sye gak untuk bejaya..🙂

  13. l shalina adriana April 18, 2013 at 4:48 pm #

    wau nak jadi macam beliaulah suatu hari nanti
    saya berumur 12 tahun
    tahun nie saya upsr
    saya belum sedia lagi
    saya belum ulangkaji pelajaran dan membaca buku

  14. l shalina adriana April 18, 2013 at 4:51 pm #

    wau nak jadi macam beliau la
    saya berumur 12 tahun
    tahun nie
    saya upsr
    saya belum memebuat persediaan lagi
    macam mana nie….

    • l shalina adriana April 18, 2013 at 4:52 pm #

      macam mana nie…

  15. hayati cute July 14, 2013 at 10:10 pm #

    Bestnye blog nie…
    Thanks la sbb bagy saya semangat yg kuat untuk belajar dan mencapai kejayaan…
    Doakan kejayaan saye ye…
    Amin….
    :I❤

    • 0148531844 October 27, 2013 at 6:25 pm #

      wah,sya kagum ngan azali,sya nak jdi kan azali sebagai model sya lar
      …Amin…..

  16. hamba Allah February 3, 2014 at 8:45 pm #

    assalamualaikum🙂 saya bakap mengambil spm tahun ini. doakan kejayaan saya insyaAllah saya akan buat yg terbaik

  17. Sambai July 31, 2014 at 10:17 pm #

    Congratulations,Azali.saya mendpt galakan dn semangat slps baca blog ini..:D

  18. Alia April 23, 2015 at 7:20 pm #

    Sy akan menduduki SPM pada tahun 2016…
    Harap2 sy boleh mnjdi seperti Azali,Inshaallah

  19. Mohamad Fadil b Mahamad December 14, 2015 at 11:03 pm #

    Bismillahirahmanirahim..assalamualikum..saya Mohamad Fadil.Saya berharap mendapat keputusan yg cemerlang iaitu 9A dalam SPM2016.Saya akan jadikn azali sebagai IDOLA saya.Tolong doakan saya agar dapat belajar bersungguh-sungguh dan memperoleh target saya.AMIN..YA RABALL ALAMIN..

  20. faqihah April 28, 2016 at 4:30 pm #

    saya akan menduduki dpm tahun 2017 …doakan saya berjaya..In Shaa Allah

  21. aQbUDakJhaa December 7, 2016 at 1:19 pm #

    tewwww…senior aku tuuu…alhamdulillah..berkat semangat dia,aku pun dapat straight A jugak SPM !

    • miachomel_ December 7, 2016 at 1:22 pm #

      tahniah🙂 !

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: