Calon Paling Muda

13 Mar

Oleh Ahmad Rabiul Zulkifli
am@hmetro.com.my

KUALA TERENGGANU: Usianya baru 15 tahun, namun seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Abdul Malek, di sini, mencatat sejarah memperoleh 10A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), semalam.

Maryam Fatini Mohd Zabudin dari Seberang Baruh Kiri juga memperoleh 1B dalam peperiksaan itu.

Berdasarkan amalan biasa, pelajar berumur 15 tahun sepatutnya baru menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), namun Maryam Fatini sudah menduduki PMR ketika berusia 13 tahun.

Menurut pelajar pintar itu, sebagai, dia sentiasa mengulang kaji pelajaran dengan cuba menjawab soalan SPM tahun sebelumnya selain berbincang dengan rakan selepas tamat hari persekolahan.

“Saya hanya insan biasa, sama seperti calon lain, malah faktor usia saya yang muda berbanding rakan lain tidak pernah menjadi masalah dalam pergaulan.
“Saya lancar membaca ketika usia empat tahun dan memasuki tahun satu ketika 6 tahun.

“Saya mula menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah Islam (UPSRI) ketika berusia 10 tahun dengan mendapat 8A di Madrasah Darul Salam, Losong.

“Saya juga menduduki PMR ketika berusia 13 tahun di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Khairiah, Ladang dan berjaya memperoleh 9A dalam peperiksaan itu,” katanya.

Katanya, dia bercadang menyambung pelajarannya di Mesir dalam bidang perubatan seterusnya mencapai cita-cita menjadi doktor sakit puan.

“Ibu bapa adalah pendorong utama saya di sebalik kejayaan ini dan selepas ini akan terus berusaha gigih untuk terus cemerlang dalam pelajaran,” katanya.

Ibunya, Wan Aminah Wan Muda, 44, berkata, dia bersyukur dengan kejayaan anaknya itu, lebih-lebih lagi anaknya antara calon paling muda yang mengambil peperiksaan itu.

“Pada usianya sekarang, dia sepatutnya baru menduduki PMR tetapi tetap berjaya dalam SPM dan memperoleh A dalam subjek seperti Fizik, Biologi, Kimia dan Bahasa Arab Tinggi,” katanya.

Maryam Fatini memperoleh A1 bagi subjek Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Bahasa Arab Tinggi, Fizik, Biologi dan Pendidikan Al-Quran dan Sunnah serta A2 bagi Bahasa Melayu, Sejarah dan Kimia manakala Pendidikan Syariah Islamiah (B3).

4 Responses to “Calon Paling Muda”

  1. nur fatin nasuha bt mohd firdaus chong July 9, 2011 at 10:33 pm #

    CONGRATULATION!!!doakan saya berjaya jadi seperti awak ye….teringin nak jadi pelajar cemerlang…… but “I BELIEVE CAN GET STRAIGHT A”….

  2. zunia July 24, 2011 at 10:46 am #

    salam…sye puas dgr cereta tntg awk…sye terkejut dan heran…sye teringin nk jdi mcm awk…tahnia…doakan sya jga bole cemerlang spt awk yer……

  3. faya zain February 14, 2013 at 9:11 pm #

    uwhh,,bagus..sy harap dpt menjadi seperti awak gak🙂

  4. theresa michael July 11, 2014 at 1:57 pm #

    saya nk cermerlang dalam peperiksaan hrp-hrp jee….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: