PERSEDIAAN DALAM LANGKAH-LANGKAH MENGHADAPI PEPERIKSAAN

14 Mar

PERSEDIAAN ASAS

1. Semangat Yang Tinggi
2. Pembacaan Yang Banyak
3. Kefahaman Yang Jelas
4. Ulangkaji Berterusan
5. Keyakinan Diri

Di dalam menghadapi peperiksaan UPSR/PMR/SPM/STPM, satu perkara yang tidak boleh dilupakan ialah persediaan di peringkat awal secara berterusan sehingga tiba masa yang ditetapkan dan akan menjadi lebih berkesan sekiranya kaedah pembelajaran yang betul diamalkan. Namun, ramai juga pelajar yang tidak dapat menghadapi peperiksaan dengan baik walaupun telah menumpukan banyak masa di saat awal hinggalah ke akhirnya. Malahan ramai juga yang pada saat-saat akhirnya menjadi putus asa.

Untuk menjawab pertanyaan ini cubalah bertanya kepada diri anda tentang :-
1. Adakah anda telah menghabiskan topik-topik penting ?
2. Adakah anda telah memahami apa yang diajar oleh guru atau dibaca sendiri ?
3. Adakah anda menhadapi pelajaran dengan semangat yang tinggi ?
4. Adakah anda berterusan belajar dan meneliti soalan-soalan lepas ?
5. Adakah anda mempunyai keyakinan diri untuk menjawab soalan nanti ?

UJIAN BULANAN DAN PEPERIKSAAN PENGGAL

Ramai pelajar bersikap acuh tak acuh di dalam menghadapi ujian bulanan dan peperiksaan penggal dan ada yang menganggapnya tidak penting. Pada hal ujian dan peperiksaan ini boleh mempengaruhi keputusan peperiksaan nanti. Akibatnya ramai pelajar yang gagal dan mendapat markah yang rendah di dalam setiap ujian /peperiksaan.

Sikap seperti ini hendaklah dikikiskan. Walaupun demikian, seandainya anda gagal di dalam ujian, jadikanlah ia suatu pengajaran untuk lebih memahami dan bersungguh-sungguh mengulangkaji pelajaran. Kegagalan di dalam ujian mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti :-

a) Kurang memahami apa yang diajar
b) Tidak mengambil perhatian yang serius terhadap pelajaran.
c) Tidak mengulangkaji pelajaran selepas waktu persekolahan.

KEARAH MEMBENTUK KEYAKINAN

Keyakinan menghadapi peperiksaan hanya boleh diperolehi oleh pelajar yang sudah betul-betul membuat persiapan yang rapi. Antara persiapan yang perlu diberi perhatian ialah :-

a) Habis mengulangkaji topik-topik yang disoal.
b) Mengingati dengan baik nota-nota yang penting.
c) Mengetahui bentuk-bentuk soalan yang akan disoal.
d) Bertawakkal kepada Allah S.W.T.

BEBERAPA PERINGATAN KEPADA PELAJAR

  • Tidak keterlaluan membaca sehingga kurang tidur.
  • Belajar dengan hati yang tenang dan lapang. Pastikan semua kerja atau masalah diselesaikan terlebih dahulu sebelum anda memulakan pembelajaran/study.
  • Disiplinkan diri anda. Pastikan anda tidak membuang masa dengan kerja-kerja yang sia-sia. Tepatilah masa belajar yang anda telah tetapkan dan pastikan anda ada masa untuk merehatkan otak secukupnya. Elakkan daripada memaksa diri anda untuk belajar sekiranya anda letih dan mengantuk.
  • Elakkan diri anda daripada membaca dan menghafal matematik. Sebaliknya cubalah memperbanyakkan latihan mengira dan memahami formula dan konsepnya.
  • Berbincang dengan rakan yang lebih memahami dan elakkan daripada sifat malu bertanya.
  • Elakkan daripada sifat menangguhkan sesuatu kerja yang diberi oleh guru serta jauhkan sikap mengambil jalan mudah dengan meniru kerja kawan tanpa memahami akan maksud dan konsepnya.
  • Elakkan mengumpulkan nota yang diberikan oleh guru sehingga bertimbun barulah hendak mengulangkajinya.

Sesungguhnya seseorang pelajar akan mencapai tahap penguasaan yang maksimun jika dia mampu mengaplikasikan teknik dan kaedah belajar yang betul. Setiap pelajar mempunyai cara belajar yang berbeza, janganlah meniru gaya belajar orang lain yang tidak sesuai dengan kita. Nota ini sebagai panduan sahaja, ubahlah ia agar sesuai dengan teknik dan cara anda sendiri. InsyaAllah kejayaan itu milik semua.

About these ads

51 Responses to “PERSEDIAAN DALAM LANGKAH-LANGKAH MENGHADAPI PEPERIKSAAN”

  1. Miss Success April 12, 2008 at 9:39 pm #

    semoga aku berjaya lulus dengan cemerlang AMIn :)

  2. Ajinn August 4, 2008 at 10:31 pm #

    UPSR 2008 , MOGA AKU BERJAYA MENGAPAI 5A .
    IBU BAPA DAN ADIKKU PEMBAKAR SEMANGATKU .AMIN.

  3. ELNIH@KELLY May 18, 2009 at 10:29 am #

    SMOGA AQ LULUS..JIKA AQ X DAPAT 5A ,4A.3A..PUN JADILAH….

  4. ELNIH@KELLY May 18, 2009 at 10:35 am #

    SAYA DATANG KE SEKOLAH UNTUK BELAJAR DAN SKOR 5A!!!!!!!!!!!!!!!!

  5. dirly June 13, 2009 at 7:12 pm #

    Aq nk 9A!!!!

  6. fatin August 10, 2009 at 4:44 pm #

    taun nie pmr,,
    ag 2 bulan ag..
    takOwt nyeeee
    tp,,
    kna la kuatkan smgtkn..
    yg pnting,,
    kita enjOy….
    8A’s!!! i want tO get u..!!!
    wait 4 me!!
    (:

  7. hana funny rainbow December 23, 2009 at 10:55 am #

    salam…
    i’m candidate pmr for next year..
    i wish i will get the best result…
    sye jugak akan berusehe sedaye boleh untuk berjaye…
    caiyok!!!!
    same-same lah berdoa untuk kejayaan bersame yer..
    thx..

    • uzzair September 18, 2010 at 2:04 pm #

      3 hari lg saya akan menghadapi upsr.harap2x 5A

  8. syidah January 12, 2010 at 5:44 pm #

    sa bru ja tau sal ni..sa pun mo skor 5A…3A ke ats pun blehlah…supaya blh kongsi kegembiraan ngan keluarga n kamu semua…harap brjaya

  9. falakim March 31, 2010 at 9:55 am #

    Jika kita mahu yang terbaik kita mesti fikirkan yang terbaik .Bukan mengharapkan blh rendah tak pe .jangan letak boleh 3a takpe .

  10. falakim March 31, 2010 at 9:59 am #

    Tip2 yang digunakan oleh top students ialah

    _-Sedia Awal
    _-Tumpuan Dlm Kelas
    _-Ulangkaji

  11. priscillaroydizoncrimson July 5, 2010 at 2:58 pm #

    hi.. tahun ni sya bakal menduduki PMR. thanks for the tips anyway :)

    • nerty May 3, 2011 at 9:04 am #

      sa doakan wak supaya lulus exam nnti……good luck 4 your

    • mrbenny April 28, 2014 at 7:39 pm #

      thanks…this is the best page and thanks 4 everbody

  12. ray July 24, 2010 at 9:11 pm #

    semoga saya dpt mencapai 8a dlm pmr 2010 ini…AMIN..

  13. nizam September 2, 2010 at 2:45 pm #

    saya bakal menghadapi UPSR pada tahun ini,harap2 saya 5A,amin.

    • nabihah October 17, 2010 at 12:02 pm #

      keduduk kan peperiksaan akhir tahun hanya lagi semingu doa kan saya naik kelas amin….

  14. maizatul shaffira February 21, 2011 at 6:42 pm #

    semoga saye berjaya dalam pmr tahun hadapan…..amin…

  15. Nazrul Afendy March 8, 2011 at 8:44 pm #

    agy 6 bulan nk upsr…………..harap2 dapat skor 5A dalam upsr taun n amin……….

  16. nerty May 3, 2011 at 9:07 am #

    minggu depan sa nak exam semester 1 tlng doakan sa spya lulus okey………@_@

  17. ainur yasmin May 14, 2011 at 10:16 am #

    hope2.aku berjaya dlm exam nanti… :)

  18. Eyrah_96 August 7, 2011 at 7:08 am #

    saye bakal menduduki PMR tahun ni..hrp2 sye dpt skor yg sye mhukan…iaitu 7A…

    • fiz-naz September 4, 2011 at 11:19 pm #

      be positive……..cara hidup anda…cara belajar anda…..dan…..cara hubungan anda dengan Allah S.W.T…..akan menentukan kejayaan anda!…ingat..usaha tangga kejayaan……walaupun doa beribu kali…sembahyang hajat beratus kali pun..tapi kalau x usaha…confirm x akan dapat……(sbgi peringtn kpd saya sendiri..dn kwn2)…pmr candidates…:)

  19. eila zolkifli September 9, 2011 at 6:19 pm #

    lpas pmr t,sy akn dduki pperksaan akhr thun..sya hrp sya dpt skor 9a..doakn sya ya..thanks..

  20. khairin ngah September 11, 2011 at 6:43 pm #

    salam doakan saye dapat 5A upsr

  21. anaz October 6, 2011 at 5:52 pm #

    terima kasih tau

  22. afiza fiza October 18, 2011 at 9:03 pm #

    minta minta lah dapat 5A

  23. Dangerous Gur`s October 23, 2011 at 7:09 pm #

    excel akan b`mula esok……..

  24. Lill Juney February 10, 2012 at 3:54 pm #

    Tahun ni saya dah nak spm…harap2 dapat la dpt straight A+’s..aminnnn

  25. nurul naziera March 31, 2012 at 7:09 pm #

    smoga aku berjaya……….. amin….

  26. Tasha Nadia May 7, 2012 at 5:54 pm #

    I Hope I will gets 5A … doakan saya… (smoga saya mendapat keputusan yg cemerlang) …..Amin..

  27. Tasha Nadia May 7, 2012 at 5:55 pm #

    ^_^

  28. Tasha Nadia May 7, 2012 at 5:56 pm #

    :)

    • felixmegandy July 25, 2012 at 8:52 pm #

      saya harap dapat yang saya nak

  29. syatirah amira September 10, 2012 at 9:19 pm #

    semoga saya berjaya dapat 5A UPSR.. amin,,,…

  30. mohd nadry September 16, 2012 at 1:18 pm #

    PMR>yOU ALL DO THE BEST FOR YOUR EXAMINATION!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  31. flona September 24, 2012 at 3:03 pm #

    smoga aq llus dlm spm thun ni…ameN…

  32. YanieAlvira' November 6, 2012 at 11:02 am #

    Chaiyok chaiyok! Aku boleh buat jgak untuk Spm kali nie ;3 Insyaallah ♥

  33. atirah December 23, 2012 at 4:29 pm #

    tahun depan pmr!!! so kena bwt persiapan awal ckit. . study bnyak2 tuk dpt 8A!!! msa dpan e2 pnting. . jgn sia2kn hrpan ibu bpa. . ibu bpa akan bhgia bla nmpak anaknya berjya. .

  34. faya zain February 14, 2013 at 9:02 pm #

    keje makin banyak,,pening kepala..tapi 6 bulan lagi bagi aq sempat membuat persiapan untuk menghadapi upsr.. :)

  35. alia June 10, 2013 at 8:16 pm #

    lagi 3 bln agi nak UPSR so kene lah belaja rajin2 n aq harap dapat 5A dlm UPSR amiin ;)

    • puteri humaira June 15, 2013 at 5:42 pm #

      AMIN…………………………………

  36. SKOR 5A June 15, 2013 at 5:44 pm #

    semoga aku mendapat 5A pada tahun ini…..AMIN….

  37. arissa raihah July 7, 2013 at 4:27 pm #

    Aku Mahu menjadi pensyarah di UM moga aku mendapat 5A melalui kerjaya dan usahaku.Amin

  38. humairah July 28, 2013 at 1:01 pm #

    asslam. next year sy pmr, doakan sy berjaya ye. terima kasih sbb buat tips tips ni sngt berguna pd saya :D

  39. shahieyra August 13, 2013 at 9:34 pm #

    asalammualaikum….tahun nie sye nak PMR ….tngal 1 bulan lbih jer g….ala tkt nyer…. tp takper…. dengan usaha sye …n berkat dri guru2 mak n abah….insyaallah sye akan mencapai kejayaan…n taklupe juge…..doa kepada yg maha esa…..amin…..

  40. Monieca amenda August 30, 2013 at 7:28 pm #

    Tips niyy bnyk membantu cye moga2 cye bleh dpt keputusan yg cye rase cye dpt nanti moga2 tuhan slalu memberkati cye dn memaaf kn cye bagi cikgu2 s.k.tapah i will try to get my target……tips niyy amat berguna untuk cye thank you…..^_^

  41. yasmin September 2, 2013 at 9:46 pm #

    alhamdullilah dapat gak tips 2

  42. haha October 21, 2013 at 10:23 pm #

    please pray 4 me…spm is around the corner…11A’s..inshaallah..

  43. Rina March 26, 2014 at 2:46 pm #

    tahun nie SPM (2014)…harap dpt melepasi target..AMIN!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 44 other followers

%d bloggers like this: